Tuesday, December 2, 2008

Preimplantation Genetic Diagnosis

Hukum Islam tentang teknologi Preimplantation Genetic Diagnosis

Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) atau Embryo Screening adalah prosedur untuk mengenalpasti penyakit genetik yang mungkin dibawa bayi tersebut. Memandangkan PGD ini hanya boleh dilakukan bagi mereka yang melakukan kaedah IVF, maka hukumnya juga tertakluk kepada kaedah IVF. Dengan kata lain, pasangan tertentu yang dibenarkan melakukan IVF, maka dibenarkan melakukan PGD.

Syarat-syarat yang membolehkan PGD semasa IVF adalah:-
1. sperma dan ovum adalah dari pasangan yang sah kahwin
2. tidak dibenarkan ditumpangkan kepada wanita lain
3. mendapat perakuan doktor tentang ketidakupayaan pasangan terbabit mendapatkan anak secara biasa melainkan melalui kaedah IVF

Teknologi PGD adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit genetik pada embryo sebelum diimplant ke rahim si ibu. Adalah tidak munasabah bagi mereka yang membayar harga mahal untuk melakukan IVF, akhirnya diletakkan embryo yang berpenyakit di dalam rahimnya.
Selain itu, terdapat beberapa pra-syarat yang membolehkan PGD dilakukan. Antaranya;
1.Pasangan yang salah satu dari mereka mempunyai sejarah keluarga yang mewarisi atau membawa genetik penyakit tersebut ataupun pengidap penyakit genetik.
2. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas (pemeriksaan untuk aneuploidy kerana umur si ibu)
3. Wanita dengan kes keguguran berulang, yang mungkin disebabkan oleh nombor kromosom yang tidak normal, sama ada dari sebelah lelaki atau wanita.
4. Pasangan dengan kes translokasi kromosom (chromosome translocations), yang menyebabkan kegagalan implantasi, keguguran berulang dan masalah mental atau fizikal kepada zuriat.
5. Pasangan yang mempunyai kes kegagalan IVF yang berulang
6. Lelaki yang tidak subur yang memerlukan intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Kontroversi yang biasa dikaitkan dengan PGD adalah penyalahgunaan untuk pemilihan jantina “sex selection” yang digemari pasangan sahaja. Maka, PGD adalah HARAM jika sudah melibatkan pemilihan jantina. Kerana ia tiada bezanya dengan amalan masyarakat jahiliah terdahulu yang menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup.
WaLLAHu a’lam.

Monday, December 1, 2008

HUKUM MEMAKAI BRACES

Nabi bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan
Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

———Rujukan Fatwa :-
1. حكم تقويم الأسنان المعوجةurl : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711
2. عمليات التجميل للضرورة الطبيةurl : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176
Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N
Sumber : Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

Friday, November 28, 2008

SEKADAR CETUSAN

Dulu,
Bila disebut lelaki,
wanita mendongak megah,

lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,

bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka yahudi


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,

lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,

wanitanya cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
sepasukankuda putih membela,

Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,

ribuan wanita suci di penjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,

lelaki tunduk bertenaga.

Dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanita di biar bebas, binasa.

Dulu
lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,

menggadai ketinggian agama,

demi nafsu,
dunia dan seisinya


Dulu,

lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,

diri bermalasan,
tenaga tidak dikerah,


Dulu,

lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al- Faruq, Zunnurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

hingga sanggup membunuh,

Dulu,

lelaki bersatu menghadapi musuh,

angkatannya kuat dan teguh,
Kini,

lelakinya berpuak dan berpecah,

sesama sendiri saling bertelingkah,


Kembalilah lelakiku pada kelelakianmu
kami rindukan lelaki dulu,

acuan madrasah Rasul.




Sajak dipetik dari sebuah novel "Syabab Musafir Kasih"...saya bukanlah seorang penagih cerita novel tetapi setelah dipaksa akhirnya membaca juga novel ini sekadar mengisi kelapangan waktu cuti sem...saya cukup tertarik dengan sajak diatas kerana dirasakan memang inilah realitinya yang berlaku masa kini dan agar dapat di renungkan bersama...
Tiada rasa amannya bila seorang wanita berjalan memenuhi keperluan tanpa ada gangguan dari insan yang sepatunya melindungi...susah sekali untuk menaruh kepercayaan...
namun sesungguhnya hanya ada satu jalan penyelesaian...kembalilah kepada Islam yang sebenar dan ambillah AlQuran dan AsSunnah kembali sebagai pegangan..
wallahua'alam..

setitik tinta

salam ukhuwah buat semua,
akhirnya hati terbuka untuk menghidupkan blog yang sudah lama di dalam "latent phase"... bukan tidak mahu menjadi seorang blogger sebelum ini tetapi biarlah sekali mencuba selamanya akan berterusan...
kenapa pemburu kedamaian di pilih bukan yang lain...semuanya kerana hati ini terasa seperti ingin kan sebuah kedamaian yang sejati bukan hanya dalam diri namun juga ingin melihat semua orang berasa tenang, bahagia dan damai kerana sesungguhnya melihat kebahgiaan orang lain boleh menyebabkan diri rasa cukup bahagia walaupun pada hakikatnya definasi ketenangan, kedamaian dan kebahgiaan bagi setiap orang adalah berbeza... namun yang pastinya, semoga penduduk dunia ni merasa nikmat kedamaian yang di impikan masing-masing.. namun sesungguhnya kedamaian yang di cari akan di jumpai suatu masa nanti setelah roh berpisah dari jasad iaitu apabila saat bertemu dengan Rabb..amin..semoga kita semua menjadi golongan yang terpilih merasai nikmat kedamaian pada waktu yang telah ditakdirkan...