Friday, November 28, 2008

SEKADAR CETUSAN

Dulu,
Bila disebut lelaki,
wanita mendongak megah,

lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,

bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka yahudi


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,

lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,

wanitanya cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
sepasukankuda putih membela,

Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,

ribuan wanita suci di penjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,

lelaki tunduk bertenaga.

Dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanita di biar bebas, binasa.

Dulu
lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,

menggadai ketinggian agama,

demi nafsu,
dunia dan seisinya


Dulu,

lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,

diri bermalasan,
tenaga tidak dikerah,


Dulu,

lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al- Faruq, Zunnurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

hingga sanggup membunuh,

Dulu,

lelaki bersatu menghadapi musuh,

angkatannya kuat dan teguh,
Kini,

lelakinya berpuak dan berpecah,

sesama sendiri saling bertelingkah,


Kembalilah lelakiku pada kelelakianmu
kami rindukan lelaki dulu,

acuan madrasah Rasul.




Sajak dipetik dari sebuah novel "Syabab Musafir Kasih"...saya bukanlah seorang penagih cerita novel tetapi setelah dipaksa akhirnya membaca juga novel ini sekadar mengisi kelapangan waktu cuti sem...saya cukup tertarik dengan sajak diatas kerana dirasakan memang inilah realitinya yang berlaku masa kini dan agar dapat di renungkan bersama...
Tiada rasa amannya bila seorang wanita berjalan memenuhi keperluan tanpa ada gangguan dari insan yang sepatunya melindungi...susah sekali untuk menaruh kepercayaan...
namun sesungguhnya hanya ada satu jalan penyelesaian...kembalilah kepada Islam yang sebenar dan ambillah AlQuran dan AsSunnah kembali sebagai pegangan..
wallahua'alam..

setitik tinta

salam ukhuwah buat semua,
akhirnya hati terbuka untuk menghidupkan blog yang sudah lama di dalam "latent phase"... bukan tidak mahu menjadi seorang blogger sebelum ini tetapi biarlah sekali mencuba selamanya akan berterusan...
kenapa pemburu kedamaian di pilih bukan yang lain...semuanya kerana hati ini terasa seperti ingin kan sebuah kedamaian yang sejati bukan hanya dalam diri namun juga ingin melihat semua orang berasa tenang, bahagia dan damai kerana sesungguhnya melihat kebahgiaan orang lain boleh menyebabkan diri rasa cukup bahagia walaupun pada hakikatnya definasi ketenangan, kedamaian dan kebahgiaan bagi setiap orang adalah berbeza... namun yang pastinya, semoga penduduk dunia ni merasa nikmat kedamaian yang di impikan masing-masing.. namun sesungguhnya kedamaian yang di cari akan di jumpai suatu masa nanti setelah roh berpisah dari jasad iaitu apabila saat bertemu dengan Rabb..amin..semoga kita semua menjadi golongan yang terpilih merasai nikmat kedamaian pada waktu yang telah ditakdirkan...