Saturday, September 5, 2009

MUHASABAH RAMADHAN



Bismillahirrahmanirrahim........

Subhanallah masa berlalu dengan begitu pantas......
Kini sudah pun berada di pertengahan Ramadhan yakni 15 Ramadhan.....
Masa nan berlalu terlalu pantas... Kesibukan tugasan seharian memang melekakan hingga kan tak terasa kini sedang berada di bulan Ramadhan......

Astaghfirullahalazim.....
Ya Allah, ampunilah daku atas kelekaan diriku dengan kesibukan dunia hingga kadang kala lupa untuk menghargai nikmat Ramadhan yang hanya kunjung tiba setahun hanya sekali......
Dan adakah mungkin masih ada Ramadhan untuk ku tempuhi lagi......

Awal Ramadhan

Memang bulan ini penuh dengan nikmat...
Subhanallah,
Atas nama Ramadhan surau2 dan masjid yang tersergam indah kini dengan sekelip mata di penuhi dengan umat Islam hingga kadang kala terpaksa membentang tikar di luar surau2 @ masjid kerana bilangan jemaah yang bertambah dengan tiba2...
Atas nama Ramadhan ramai muslimah tiba2 menganakan hijab....
Atas nama Ramadhan juga, Al-Quran yang dahulunya lama terbiar berhabuk di bersihkan dan ayat2nya di alunkan...
Atas nama Ramadhan jugalah, tiada yang suka bergosip mengumpat di sana sini....
Semuanya kerana Ramadhan....
memang benarlah Ramadhan itu penuh dengan nikmat, rahmat dan keampunan...
Bulan yang penuh dengan ketenangan...

Penghujung Ramadhan

Terima kasih Ya Allah atas nikmat Ramadhan yang dapat ku tempuhi ini....
Ia adalah satu pengalaman yang indah...
Daku selalu berdoa agar saat ini akan berkekalan...
Namun kita boleh lihat kesannya selepas ramadhan.
Tapi rasanya tidak perlu menuggu lama selepas ramadhan...
Kita boleh lihat di penghujung ramadhan segalanya semakin suram dan pudar.
Masing-masing mula sibuk bersedia meraikan hari yang menggembirakan, memanglah tidak salah untuk meraikaan syawal dengan penuh kegembiraan tetapi janganlan sampai terleka hingga lupa mengutip pahala Ramadhan terutamanya di sepuluh malam yang terakhir...

Lailatul Qadar

" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al-Quran ) di malam yang penuh dengan keberkatan. Sesungguhnya Kami adalah orang2 yang memberi peringatan. Di dalamnya diselesaikan segala urusan yang penuh mengandungi hikmah. Sebagai satu perintah dari diri Kami. Sesungguhnya Kami mengirimkan utusan2 sebagai satu rahmat dari TuhanMu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "

( Ad dukhan : 2)

" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al-Quran ) pada malam Al-Qadar. apakah yang dimaksudkan dengan malam Al-Qadar. Malam Al-Qadar itu adalah lebih baik dari 1000 bulan. Turunlah malaikat dan ruh padanya dengan izin Tuhan mereka. Selamatkanlah malam itu hingga keluar fajarnya."

( Al Qadar : 1-6 )

" Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran untuk menjadi petumjuk bagi manusia dan beberapa keterangan yang nyata yang merupakan petunjuk dan pemisah antara yang hak dengan yang batil. "

( Al Baqarah : 185 )

Semua orang maklum bahawa lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan yang mana jika dibandingkan dengan kebiasaan umur manusia ia bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Malam yang menyapa dengan salam permulaannya hingga keluarnya fajar. Malam yang penuh dengan keberkatan, yang mempunyai keistimewaan, malam yang lebih baik dari 1000 bulan bahkan dari seumur hidup manusia.

Dalama surah Al Qadar berulang kali Allah menyebutkan kalimat Al Qadar dan di tanyakan apakah Al Qadar itu? Pertanyaan ini menunjukkan bahawa kemuliaan malam itu adalah kemuliaan yang sukar diketahui keadaannya.
Diriwayatkan oleh An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Telah datang kepadamua bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Allah telah memfardhukan atasmu puasanya. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebaikannya, maka sungguh dia tidak diberikan kebaikan. "
Daripada hadis di atas, memang membuktikan hanya sebahagian manusia sahaja yang Allah berikan kemuliaan dengan kebaikan yakni berjumpa dengan Lailatul qadar sedangkan orang2 yang Allah tidak menghendaki mendapat kebaikan tidaklah mendapat kebaikan itu.

Subhanallah, memang penuh berhikmah apabila Allah meletakkan lailatul qadar di sepuluh malam yang terakhir walaupun kita sendiri tidak mengetahui malam yang sebenar namun dari kebanyakan pendapat ulama' berdasarkan hadis Baginda memang ramai yang berpendapat lailatul Qadar boleh dijumpai di 10 malam yang terakhir. Inilah umpama tapisan Allah, hanya sebahagian umat Islam yang terus istiqamah hingga ke akhir ramadhan....ini dibuktikan dengan pengurangan bilangan jemaah yang bersolat terawikh di surau2 @ masjid2..
Oleh itu, marilah kita bersama2 berdoa agar kita terus istiqamah hingga akhir Ramadhan malahan hingga ke penghujung usia dan mendapat husnul khotimah dan semoga kita terpilih untuk menjadi sebahagian umat islam yang terpilih mendapat kebaikan iaitu kemulian Lailatul Qadar..
Amiin........


p/s - teringat memori terawikh di kampung halaman tercinta, kebanyakan yang bertahan hingga 20 rakaat adalah warga emas sedangkan yang masih muda 8 rakaat dah tak dapat bertahan.......jangan lupa, maut tak mengenal usia......

Wednesday, August 26, 2009

TANDA KASIH SAYANG......



Tanda Kasih Sayang……..

Apabila kita sayangkan seseorang kita akan cuba lakukan yang terbaik untuknya dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluannya dan membahagiakannya dan tidak akan sanggup melihat dirinya susah atau merasai kepayahan hidup walau sedikit pun…
Hinggakan kadangakala tanpa di sedari kita telah merosakkannya dengan kasih sayang yang tidak kena pada tempat dan caranya….

Dan sebagai insan biasa, kita merasakan seseorang itu menyayangi kita apabila seseorang itu memberikan sepenuh perhatian, sentiasa berusha untuk memenuhi kehendak dan keinginan kita, sanggup berkorban segalanya untuk kita dan segalanya lah yang mampu membuatkan kita merasa bahagia dan tidak perlu bersusah payah……

Namun hakikatnya adakah itu sebenarnya erti kasih sayang yang sebenar???

Bercakap tentang kasih sayang Allah……
Saya sendiri mengakui yang saya sendiri kadang kala merasakan apabila Allah mempermudahkan urusan harian saya, maksudnya segala urusan harian berjalan lancar seperti yang dirancang, pesakit yang di janjikan dapat datang tepat pada masanya, prosedur yang dijalankan mendapat kelulusan dari doktor yang bertugas, tidak di marah oleh doktor, pesakit memberikan kerjasama dengan baik dan memahami prosedur yang dijalankan, saya akan merasakan yang Allah sayang akan diri ni.....

Sebaliknya, apabila satu hari tu segalanya serba tak kena......
Kita akan mula muhasabah diri apakah dosa yang telah dilakukan sehingga Allah menghukum kita sebegini rupa……..
Adakah Allah murka pada kita hingga kan segala urusan tidak dipermudahkanNya???

Hakikatnya, yang perlu kita tahu adalah kasih sayang Allah bukanlah dalam bentuk nikmat sahaja sebaliknya kesusahan juga adalah tanda kasih sayang dariNya…

Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana menyedarkan tentang hakikat itu…
Kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan Allah….

Kita merancang, Allah merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita...
Knp?
Sebab Allah lebih mengenali hambaNya lebih dari kita mengenali diri kita...
Masakan pencipta tidak mengenal ciptaannya... seorang pencipta seharusnya mengenali kekuatan dan kelemahan ciptaannya lebih dari ciptaan itu sendiri mengenali kekuatan dan kelemahannya....

Dugaan dalam kehidupan adalah hadiah dari Allah seumpama hadiah yang tidak di bungkus dengan indah namun isinya amat berguna dan berharga untuk kita malahan mungkin lebih baik dari hadiah yang di balut dengan bungkusan pembalut yang indah rupanya...
Ingatlah.......
Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah.....
Kejarlah cintaNya sebelum mengejar cinta manusia yang palsu....

Wallahualam.

Sunday, August 16, 2009

"WANITA BIJAK KERANA RAMAI PENDIDIK ADALAH WANITA"

Bismillahirahmanirrahim.........

Sesungguhnya statement itu bukanlah datang dari diri ini sendiri yang merupakan seorang wanita, tetapi dari seorang doktor lelaki yang kebetulan berjumpa di bilik MRI PPUM.....
manakan mungkin beliau tidak mengeluarkan statement ini kerana group clinic saya terdiri daripada 12 orang wanita dan hanya seorang lelaki.....

Isu yang ingin dibangkitkan di sini adalah adakah benar di sebabkan jumlah pendidik yang ramai terdiri daripada wanita menyebabkan ramai pelajar wanita boleh berjaya kerana cara didikan yang di berikan adalah bersesuai dgn jiwa wanita?? Dan pelajar lelaki memerlukan tenaga pengajar yang terdiri daripada charge yang sama untuk menjadikan proses pengajaran lebih efektif dan efisyen??

Hakikatnya apabila kita pergi ke mn2 universiti terutama untuk jurusan2 yang kritikal hampir 2/3 malahan lebih daripada jumlah itu adalah terdiri daripada perempuan.......
Di manakah hilangnya lelaki2 yang ramai? Adakah di universiti serenti....jumlah .

Bagi pendapat saya mungkin benarlah para pengajar itu perlu seimbang bilangannya antara lelaki dan perempuan... seperti sebuah keluarga yang mn anak2 memerlukan ibu dan ayah dalam memebentuk jiwanya dgn lebih sempurna......walaupun ramai ibu dan ayah tunggal mampu membesarkan anak2 mereka dengan baik namun anak2 masih ada rs kekosongan jiwa pada bahagian2 yang tertentu.....

Namun jumlah tenaga pendidik wanita yang lebih daripada lelaki bukanlah alasan yang kukuh untuk menyatakan bahawa akibat kelompangan ini yang membentuk suasana yang terjadi seperti yang dinyatakan di atas....
Banyak faktor yang perlu di fikirkan seperti masalah keruntuhan akhlak di kalngan remaja lelaki. Faktor kecenderungan minat remaja lelaki yang lebih berminat kepada sesuatu yang bersifat teknikal ( kerja tangan ) perlu diambil kira....
wanita memang adalah golongan yang tekun belajar dan mampu fokus dalam keadaan yang agak lama mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kejayaan mereka dalam peperikasaan.....

walau apa2 sekalipun,
terima kasih banyak2 buat guru2 yang telah mendidik dari kecil hinggalah dewasa....
sesungguhnya tanpa mereka siapalah saya kini....
jasamu sentiasa ku kenang dan sentiasa di dalam doa seharianku agar mendapat keampunanNya dan di permudahkan ssegala urusan di dunia dan di akhirat.

Sunday, March 22, 2009

KU TANYA HATI

Ku tanya hati
Kutepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku ini?
Terasa sangsi masih ku belum mengerti
Adakah aku dilanda laluan pasti?

Bertanyakanku pada bayu yang menumpang jalan
Apakah berita suci dari sempadan?
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan
Bawakan doaku terus ke takhta pangkuan

Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
bagaikan bicara mengharapkan pengertian
Moga disusun bintang yang berselerakan
menjadi landasan laluan perjalanan

Ku tanya hati
Apakah bisa aku dikhianati
Dengan kata hati yang tidak pasti
Atau akukah yang tidak mengerti
Betapa berharganya hati yang suci

Subhanallah......
Indahnya hati pemberian Allah
Akan kujaga biarpun payah
Akan ku iklhlas dengan sifat mahmudah
Akan ku singkir sifat mazmumah

-mata hati-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan hati (jiwa)"- Riwayat Abu Ya'la
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kpd rupa dan harta kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu kamu"
Jelaslah segalanya bermula dengan hati... kebahagian hidup bermula dengan hati... kepayahan dan kesusahan hidup pun berpunca dari hati... walaupun harta bertimbun, berjawatan tinggi atau mempunyai segala kemewahan di dunia , apabila hati tidak tenteram tiada gunanya.. segalanya semakin di kejar masih tidak mampu untuk menenangkan atau mengubat jiwa yang kekosongan dan gundah gulana..benarlah hati itu adalah "raja dalam diri"
Buat yang parah hatinya akibat virus, bakteria mahupun kanser ataupun apa sahaja yang mambawa kepada penyakit...carilah ubat untuk menyembuhkan sama ada dengan membunuh virus atau bakteria dengan antibiotik @ antivirus ataupun jalanilah pembedahan untuk mengubat hati yang semakin parah... namun ingatlah ubat yang paling utama untuk penyakit hati ini adalah kembali kepada ajaran Allah s.w.t. Please back to Islam, our way of life... Apabila Tuhan sentiasa diletakkan dihadapan dan alHadis sebagai pegangan, I-Allah itulah ubat penyembuh penyakit hati yang di cari2 selama ini...
Sesungguhnya bukan mudah untuk menjaga hati namun itu bukanlah suatu yang mustahil...
Ya Allah permudahkanlah bagi kami menjaga hati ini...amin

Thursday, February 19, 2009

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG HEBAT


Amat mudah bercerita bagaimana menjadi orang yang hebat tetapi sebenarnya jalannya bukan semudah seperti yang diceritakan. Seorang yang hebat perlu tahu bagaimana dia menjadi hebat dan dia akan menjadi lebih hebat apabila dia dapat mencipta seorang lagi seperti dirinya malahan lebih hebat dari dirinya.

Dalam hidup ini, apabila kita membantu orang dan orang tersebut lupa kepada kebaikan kita adalah suatu yang normal tetapi apabila kita membantu orang dan orang tersebut ingat akan kebaikan kita adalah suatu yang luar biasa. Maka tidak ada apa yang perlu di sedihkan jika orang lupa akan kebaikan kita kerana sememangnya sifat manusia mudah lupa.

Apabila seseorang itu menghulurkan pertolongan seharusnya dia perlulah ikhlas namun ingatlah tiada orang di dunia ini yang membantu tanpa mengharapkan imbalannya.

Seorang ibu yang melahirkan anak, kemudiannya mendidiknya sehingga dewasa dan menjadi orang yang berguna masih mengharapkan balasan dari anaknya sekurang-kurangnya doa. Apatah lagi dari manusia lain yang tiada pertalian darah dengan kita, pastinya mengharapkan sesuatu dari kebaikan yang dihulurkan walaupun hari ini dia tidak memintanya. Walaupun lidah tidak menuturkannya, namun di hatinya pasti mengharapkan balasan sekurangnya ucapan terima kasih.

Kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk menjadi manusia luar biasa lebih dari hero yang kita kenali kerana hero tersebut hanyalah membantu orang sahaja namun kita lebih hebat kerana ingat bantuan orang yang membantu kita.

Sejak dari kecil ibu ayah mendidik untuk mengucapakan terima kasih apabila seseorang melakukan kebaikan kepada kita, kita tahu akan itu. Namun tahu sahaja tidak cukup jika kita tidak menuturkannya dan mengamalkannya sentiasa.

Untuk belajar menjadi manusia luar biasa, antara yang perlu kita lakukan adalah belajar berterima kasih. Yang paling utama adalah belajar berterima kasih dengan Tuhan. Cuba kita bermuhasabah diri dan memikirkan berapa kalikah dalam sehari kita berterima kasih dengan Allah atas segala nikmat yang diberikanNya? Adakah sama banyaknya dengan nikmat yang diberikanNya? Rupanya tanpa kita sedari, kita telah kufur nikmat. Cuba bayangkan jika kita tidak mampu membuang air besar selama seminggu?

Jadi mulai hari ini, cuba untuk mengucapkan “Terima kasih Ya Allah kerana……..” dan perbanyakkan sujud syukur. Tidak perlu menuggu mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan atau suatu durian runtuh untuk melakukan sujud syukur sebaliknya setiap hari selepas solat fardhu yang ditunaikan kita lakukan sujud syukur atas pemberiannya yang terlalu banyak dan tidak terkira.

Setelah hati menjadi lunak, anda akan menjadi insan yang luar biasa yang bukan hanya tahu berterima kasih dengan Tuhan malahan dengan sesama manusia. Anda layak mendapat anugerah insan luar biasa yang insya-Allah mudah mendapat pertolongan Allah swt dan manusia sejagat.

Memetik kata pujangga, “ To put the world right in order, we must first put the nation in order, to put the nation in order, we must first put the family in order, to put the family in order, we must first cultivate our personal life; we must set our hearts right”.

Wallahua’alam….

Monday, January 5, 2009

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM ???

" Apa pendapat akak tentang peristiwa pengeboman di hotelTaj Mahal baru2 ni? Adakah dia di kira sebagai syahid sedangkan peraturan perang dalam Islam sendiri tidak boleh membunuh orang tua, kanak2 bla..bla..bla.. Sekarang ni dia dah bunuh orang yang tak berdosa, yang terbunuh tu rakyat biasa je sedangkan yang jahat tu pemimpin dia", terdiam sebentar saya memikirkan jawapan yang terbaik bagi persoalan tersebut.

Saya kemudiannya menjawab persoalan tersebut dengan pertanyaan mengenai pendapat junior yang bertanya itu sendiri. Beliau menunjukkan rasa kesangsian yang perbuatab tersebut adalah baik dan boleh di nilai sebagai syahid di dalam perjuangan Islam. Tetapi saya rasa bukan hanya dia sahaja yang akan menyatakan kesangsian tentang tindakan pengebom berani mati dan menyatakan itu satu kesalahan dan boleh dikatakan tidak layak dikatakan sebagai seorang yang bergelar syuhada'...benar atau tidak? kita cuba tanya diri kita sendiri..mungkin kita juga berpemikiran begitu..

Namun, cuba kita renungi dua kisah yang saya ingin kongsikan bersama dalam menjawab persoalan tersebut. Mungkin anda pernah mendengar menenai kisah seorang ahli ibadah dan pembuat maksiat. Si ahli ibadah sentiasa mengingatkan pembuat maksiat tersebut untuk meninggalkan maksiat yang dilakukan dan sering menyatakan bahawa Allah tidak akan menerima taubatnya dan bakal menjadi ahli neraka. Namun, semasa ditentukan ahli maksiat terebut ahli syurga @ neraka..Allah telah menempatkan ahli maksiat itu di syurga sebaliknya ahli ibadah tersebut di neraka.

Kisah kedua pula adalah mengenai kisah seorang Nabi yang membakar sarang semut kerana marahkan seekor semut. Seperti perumpamaan melayu, kerana marahkan nyamuk habis kelambu di bakar.

Kisah- kisah di atas di petik dari buku karangan ustaz Zahazan Mohamad, seorang motivator yang suaranya sering didengari di corong radio IKIM.fm pada selepas subuh dan selepas maghrib...munkin kisah tersebut bukanlah jawapan yang paling tepat untuk menjawab persoalan tersebut, namun bagi saya hayatilah kisah tersebut dan ambillah pengajarannya.

Kita manusia bukanlah Tuhan yang boleh menghukum seseorang itu bakal ahli syurga atau neraka sedangkan kita sendiri pun belum pasti akan menjadi ahli syurga (* jangan putus asa tingkatkan usaha utk manjadi ahli syurga) atau neraka (*mudah2an dipelihara dari azab api neraka). Sesungguhnya kita masuk syurga hanyalah kerana limpah rahmatnya kerana sesungguhnya ibadah yang kita lakukan tidaklah setanding dengan nilaian syurga kerana kita melakukan ibadah sendiri pun dengan menggunakan anggota yang merupakan pinjaman dariNya...sama2 lah kita renungkan... kita tidak layak untuk mennghukum tindakan seseorang..siapalah kita???

" Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain..." ( Al-Fathir : 18)

Ayat di atas jelas membawa maksud yang seseorang yang lain tidak akan memikul dosa orang lain. Maka, memang tidak wajarlah jika seseorang itu menjadi mangsa atas kejahatan yang dilakukan oleh orang lain.

Namun, satu perkara yang sentiasa kita perlu ingat adalah... siapalah kita untuk menghukum... sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahuinya..

wallahua'alam

Saturday, January 3, 2009

TAULADAN DARI BUMI PALESTIN

Saya teringatkan peristiwa sewaktu di tingkatan 3, sewaktu di asrama di SAM Hisamuddin Sungai Bertih..biasanya selepas lunch saya akan meluangkan masa membaca akhbar walaupun tidaklah sekerap mana tapi kalau ada masa saya akan jama'kan akhbar untuk seminggu dengan membaca sebanyak sekali atau dua kali sahaja dalam minggu itu...

" Dah habis baca ke?? kenapa xnak baca pasal berita dunia??", soalan saya kepada sahabat saya yang sama2 membaca...

Sahabat saya kemudiannya menjawab, "Bosanlah, berita yang sama je...setiap hari akan ada pasal palestin..cuma bilangan yang terkorban berbeza tapi semuanya hampir sama..." Lebih kurang begitulah ayatnya..

Walaupun pada mulanya saya rasa ayat itu tidak patut di ungkapkan oleh seorang yang mengaku sebagai seorang muslim yang sememangnya bersaudara dengan mereka yang berada di palestine. Namun kini saya rasai mungkin bukan sahabat saya seorang yang merasakan demikian, ramai lagi orang lain yang kurang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai krisis di palestine kerana dari dahulu sehingga kini tiada jalan penyelesaiaannya hinggalah berlaku krisis yang terbaru ini, ramai masyarakat Islam dunia bangkit menyatakan penentangan terhadap tindakan israel terhadap saudara kita di palestine... namun jika di nisbahkan dengan jumlah umat Islam di seluruh dunia, masih sedikit yang kisah dengan penderitaan mereka...

Penganut agama Islam di seluruh dunia sangatlah ramai, teringat kata2 seorang ustaz kalau umat Islam seluruh dunia meludah sedikit dan air ludah itu dikumpulkan pasti mampu menenggelamkan semua orang yahudi laknatullah yang berada di israel... tapi kita semua tak bersatu dan inilah hasilnya... mungkin kita juga perlu muhasabah diri kita juga, apa yang kita lakukan untuk membantu saudara kita di sana??? adakah cukup sekadar berdoa, memboikot barangan yahudi, berdemonstrasi dan sebagainya...apa sebenarnya yang kita sudah lakukan??

Memang saya akui itu adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa2 sebab kalau kita tidak mampu melakukan sesuatu secara keseluruhannya jangan sampai kita tinggal semuanya...Alhamdulillah, mungkin dengan doa saudara-saudari mereka masih boleh bertahan walaupun sengsara.. namun jika kita boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik kenapa kita tidak melakukannya.. mungkin sebelum ini kita berdoa sambil lewa dengan mengungkapkan di mulut tapi tidak sampai pun di hati dengan penuh penghayatan agar ia dimakbulkan, mungkin kita masih kadangkala teragak2 untuk memboikot dengan mencari sejuta alasan agar boleh menggunakan barang yang sepatutnya diboikot seperti merasakan xpe kali ni je...sebenarnya bagi saya x payahlah fikir pun..try letakkan diri kita pada keadaan mereka di palestine pasti kita rasa tak sanggup pun nak merasai penderitaan mereka..semua yang kita lakukan adalah saham kita diakhirat kelak..

"Kami di bumi Palestin tidak mengharapkan saudara-saudari sekalian datang untuk mengorbankan diri berjuang di tanah paestin tetapi apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah belajar bersunguh2", petikan dari kata2 syeikh mohamad siyam, mantan imam masjid Al-Aqsa sewaktu satu program yang dianjurkan oleh PMIUM suatu masa dahulu masih terpahat diingatan saya..

Saya sangat bersetuju dengan beliau, mungkin kita sebagai seorang yang bergelar mahasiswa yang hidup di bumi Malaysia yang aman sewajarnya menjadi insan yang mampu menunaikan impian-impian mereka yang tidak kesampaian. Mereka tidaklah sebertuah kita dapat menikmati nikmat belajar...jadi tanamlah tekad untuk merealisasikan impian mereka yang tidak kesampaian.. kalau ada perasaan penat atau putus asa di hati kita dalam menuntut ilmu jadikan mereka sebagai sumber inspirasi, pembakar semangat untuk melupakan perasaan2 negetif itu.

Bagi saya, perjuangan dan ketabahan hati mereka memang menakjubkan dan memberi sejuta pengajaran.. umpamanya kita insan-insan dan pertubuhan yang mengaku memperjuangan Islam tidak sewajarnya menjadi seperti HAMAS dan FATAH...maksud saya,jangan ada diantara kita yang menyalahkan antara satu sama lain apatah lagi menyokong pihak musuh sebaliknya bersatulah wahai kaum muslimin sekalian kerana ada keberkatan di sebalik permuafakatan kita dan dengannya bantuan Allah pasti tiba.

Setiap perkara pasti ada hikmah di sebaliknya, bagi saya bersyukurlah kita kerana Allah menguji umat Islam dengan penderitaan kerana sesungguhnya bukan hanya penderitaan itu satu ujian sebaliknya kejayaan, kebahgiaan, kekayaan dan segala kenikmatan dunia segalanya adalah ujian. Malahan ia adalah kadangkala menjadi ujian yang yang lebih berat berbanding penderitaan. kerana sesungguhnya, Allah memberi ujian kesusahan adalah supaya hambaNya merayu, merintih mengharapkan bantuanNya dan dengan itu kita menjadi lebih dekat padaNya.

Sebenarnya, banyak lagi pengajaran yang boleh diambil...jadi gunakanlah aqal kurnianNya untk berfikir..
wallahua'alam