Tuesday, December 2, 2008

Preimplantation Genetic Diagnosis

Hukum Islam tentang teknologi Preimplantation Genetic Diagnosis

Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) atau Embryo Screening adalah prosedur untuk mengenalpasti penyakit genetik yang mungkin dibawa bayi tersebut. Memandangkan PGD ini hanya boleh dilakukan bagi mereka yang melakukan kaedah IVF, maka hukumnya juga tertakluk kepada kaedah IVF. Dengan kata lain, pasangan tertentu yang dibenarkan melakukan IVF, maka dibenarkan melakukan PGD.

Syarat-syarat yang membolehkan PGD semasa IVF adalah:-
1. sperma dan ovum adalah dari pasangan yang sah kahwin
2. tidak dibenarkan ditumpangkan kepada wanita lain
3. mendapat perakuan doktor tentang ketidakupayaan pasangan terbabit mendapatkan anak secara biasa melainkan melalui kaedah IVF

Teknologi PGD adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit genetik pada embryo sebelum diimplant ke rahim si ibu. Adalah tidak munasabah bagi mereka yang membayar harga mahal untuk melakukan IVF, akhirnya diletakkan embryo yang berpenyakit di dalam rahimnya.
Selain itu, terdapat beberapa pra-syarat yang membolehkan PGD dilakukan. Antaranya;
1.Pasangan yang salah satu dari mereka mempunyai sejarah keluarga yang mewarisi atau membawa genetik penyakit tersebut ataupun pengidap penyakit genetik.
2. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas (pemeriksaan untuk aneuploidy kerana umur si ibu)
3. Wanita dengan kes keguguran berulang, yang mungkin disebabkan oleh nombor kromosom yang tidak normal, sama ada dari sebelah lelaki atau wanita.
4. Pasangan dengan kes translokasi kromosom (chromosome translocations), yang menyebabkan kegagalan implantasi, keguguran berulang dan masalah mental atau fizikal kepada zuriat.
5. Pasangan yang mempunyai kes kegagalan IVF yang berulang
6. Lelaki yang tidak subur yang memerlukan intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Kontroversi yang biasa dikaitkan dengan PGD adalah penyalahgunaan untuk pemilihan jantina “sex selection” yang digemari pasangan sahaja. Maka, PGD adalah HARAM jika sudah melibatkan pemilihan jantina. Kerana ia tiada bezanya dengan amalan masyarakat jahiliah terdahulu yang menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup.
WaLLAHu a’lam.

No comments: