Monday, August 8, 2011

Di manakah kemuliaan kita??

Jika manusia rasa mulia kerana pangkat,

Firaun lebih mulia dari kita,

Tapi Allah telah pun mematikan dia....

Jika kita rasa mulia kerana harta,

Qarun lebih mulia,

Tapi Allah telah meneggelamkannya.......

Jika kita rasa mulia kerana bangsa,

Bani Israiel lebih mulia,

Tapi Allah melaknat mereka....

Mulia kita kerana Islam,

Hingga kejatuhan khilafah Islamiyah......

Muhasabah untuk diri sendiri dan semua sahabat. Pangkat dan gelaran kita hari ini seperti Dato’, doktor dan sebagainya tidak menjadikan diri kita mulia. Semua itu adalah gelaran yang diberikan oleh manusia, hakikatnya..kita semua sama...kita semua memegang gelaran sebagai seorang ‘hamba’. Ya...hamba yang merdeka...Yang bebas melakukan apa yang diingini tidak seperti hamba kepada manusia. Tapi hakikatnya tanpa kita sedari, kita sering memandang rendah orang lain, yang bekerja sebagai seorang doktor, memandang rendah jururawat, yang bekerja sebagai pegawai,memandang rendah pada kerani bawahan dan ramai antara kita, memandang rendah pada tukang sapu sampah, tukang cuci dan yang lain-lain. Kita semua sekadar pelakon di pentas dunia, semua berhak menjadi pelakon yang terbaik di pentas dunia dan ianya tidak semestinya dianugerahkan kepada seorang raja atau perdana menteri. Hanya iman dan takwa yang membezakan kita. Mungkin seseorang itu hanyalah orang biasa pada pandangan kita, tapi mungkin dia adalah insan yang mulia disisi Tuhan, lebih mulia dari kita yang tiada apa-apa, tapi kita memandang rendah pada diri mereka.

Barangan berjenama memang menjadi idaman kebanyakan dari kita, kalau boleh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kita inginkan yang berjenama. Tidak salah jika kita inginkan yang berjenama kerana kualitinya yang ramai antara kita sendiri mengakuinya, tapi jangan sampai kita rasa takde “class” memakai yang tidak berjenama. Tanpa kita sedari rasa riyak telah tumbuh menular dalam diri kita. Sunggguh rasa riyak, ujub dan suma’h memang sangat halus. Sedangkan syurga itu tidak layak bagi mereka yang mempunyai rasa riyak walaupun sebesar biji sawi...Astaghfirullahalazim...

Memang mulianya manusia kerana Islam, tapi itu adalah suatu masa dahulu.Islam mengembalikan maruah manusia terutamanya wanita, bangkit dari zaman jahiliyah yang penuh dengan kegelapan. Kini, tanpa harta, pangkat dan jawatan siapalah yang ingin memandang kita. Seorang yang mempunyai ijazah dalam pengajian Islam tidak lagi dipandang mulia berbanding mereka yang mempunyai ijazah dalam kedoktoran, kejuruteraan dan lain-lain lagi yang dipandang mulia oleh manusia. Seorang yang ingin betul-betul mengamalkan Islam dalam kehidupan dianggap ketinggalan zaman.

Namun sahabatku, jangan dijadikan alasan untuk tidak mengamalkan Islam atau mengamalkan Islam biasa-biasa sahaja. Sesungguhnya antara pandangan Tuhan dan pandangan manusia mana yang harus kita pillih? Tentulah pandangan Tuhan...ingat dunia adalah ladang untuk bercucuk tanam untuk bekalan di akhirat kelak. Kita hanya akan mulia dengan Islam. Semoga zaman kegemilangan Islam akan kembali jua akhirnya =)

No comments: